comscore
Tumpuan :
Sukan

Impian Cools mara ke Piala Dunia bersama Harimau Malaya

FOTO: Ihsan FAM

DOHA: Peluang untuk melayakkan diri ke fasa kalah mati Piala Asia di Qatar sememangnya sudah berakhir, namun itu bukanlah sesuatu yang mematikan impian Dion Cools untuk melangkah bersama Harimau Malaya ke Piala Dunia 2026.

Dalam sesi temu bual  bersama Fifa yang disiarkan di laman rasmi badan induk bola sepak dunia itu, Cools, 27, turut berkongsi rasa terujanya,  situasi Harimau Malaya yang kini di tangga teratas kelayakan Piala Dunia Kumpulan D.

Harimau Malaya kini mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan, November tahun lalu, Oman dan Kyrgyzstan terikat  tiga mata, manakala Taiwan tanpa mata.

Paling sukar dilupakan Cools,  kemenangan 4-3 atas Kyrgyzstan selepas ketinggalan 1-3.

“Ketinggalan 1-3,  Ya tuhan, apa sudah jadi, di stadium sendiri dan di hadapan penyokong sendiri?

“Itulah perlawanan paling ‘gila’ yang pernah saya hadapi dan safa fikir kenangan paling indah dalam kerjaya saya dan akan diceritakan kepada anak-anak”, kata Cools yang turut menjaringkan dua gol termasuk gol penyamaan 3-3 pada perlawanan itu.

Cools pemain kacukan Malaysia-Belgium itu,  turut menyentuh sasaran ketua jurulatih Kim Pan Gon untuk meraih sekurang-kurangnya 12 mata untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

“Kami sudah separuh jalan, jadi itu sesuatu permulaan yang menakjubkan, pasukan dalam ‘mood’ yang baik, pasukan telah mencapai sesuatu yang baik,” ujar Cools yang tampil kali pertama bersama Harimau Malaya pada 2021.

Cools turut berkongsi cerita, ketika berusia 24 tahun dia pernah dipanggil mewakili pasukan remaja Belgium, namun agak sukar menembusi skuad senior negara itu.

“Sudah tentu perbezaan kedudukan antara Belgium dan Malaysia boleh dilihat sendiri, yang mana  Belgium pernah menjadi pasukan nombor satu dunia.

“Namun rasa cinta terhadap bola sepak Malaysia, peminat dan negara sebenarnya lebih mendalam,” katanya yang sekali lagi akan menjadi tonggak Harimau Malaya pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Doha menentang Korea Selatan, Khamis ini.

Loading...
Terkini