comscore
Tumpuan :
Sukan

Impian HM ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 ranap

Reaksi kecewa pemain negara Safawi Rasid pada perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027, Malaysia menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.- Foto: FAM /Facebook

KUALA LUMPUR: Impian skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 musnah apabila Oman diikat Kyrgyzstan 1-1 di Stadium Sultan Qaboos, Muscat lewat malam tadi.

Terdahulu, Malaysia yang menewaskan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil 3-1 untuk memungut 10 mata sambil mengharapkan keajaiban besar berlaku di Muscat agar Oman membelasah Kyrgyzstan sekurang-kurangnya tujuh gol bagi membolehkan Harimau Malaya melepasi Kumpulan D.

Oman dan Kyrgyzstan terikat 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026. – Foto: Reuters

Sebaliknya keputusan seri di Muscat menyebabkan Malaysia kekal di tempat ketiga, manakala Oman dan Kyrgyzstan masing-masing di tempat pertama dan kedua apabila mengumpul 13 dan 11 mata.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Eldiyar Zarypbekov pada minit ke-19.

Manakala gol tuan rumah disumbang jaringan sendiri Erzhan Tokoyatev pada minit ke-57.

Keputusan perlawanan seakan sudah dijangka memandangkan perlawanan Malaysia-Taiwan berlangsung lebih awal dan sebarang keputusan yang berpihak kepada Kyrgyzstan dilihat tidak mampu mengubah kedudukan pasukan dalam Kumpulan D.

Dengan keputusan itu, Malaysia boleh mengucapkan selamat tinggal kepada temasya Piala Dunia 2026 dan terlepas peluang meraih slot lebih awal ke Piala Asia 2027.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini