comscore
Tumpuan :
Sukan

India julang trofi SOJC 2022, kejutkan Australia menerusi shoot out di perlawanan akhir

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

JOHOR BAHRU: Edisi ke-10 saingan hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2022 melabuhkan tirainya di Stadium Hoki Taman Daya dengan menobatkan India sebagai juara.

Perlawanan akhir diantara India dan pemenang dua kali Australia itu berkesudahan dengan penentuan shoot out 5-4 selepas kedua-duanya terikat satu sama sebaik tamat 60 minit permainan.

Sudeep Chirmako meletakkan India dihadapan hasil gol minit ke-14 sebelum kelebihan itu dipadam Jack Holland seminit sebelum suku kedua tamat.

Pencarian juara diheret ke shoot out menyaksikan drama mendebarkan sehingga giliran pemain kesembilan mengambil percubaan.

Penjaga gol India Shashikumar Mohith Honnenahalli menjadi wira pasukan menerusi kehandalannya menggagalkan usaha Australia untuk mengulangi pencapaian juara 2016 dan 2017.

Anak buah CR Kumar lega penentuan berakhir 5-4 sekaligus menamatkan badi dua kekalahan perlawanan akhir berturut-turut pada 2018 dan 2019.

Menjulang trofi yang disampaikan oleh Tunku Temenggung Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Sultan Ibrahim Iskandar, India kini berkongsi status bersama Britain selaku pemenang terbanyak dengan mengumpul tiga kejuaraan.

Loading...
Terkini