comscore
Tumpuan :
Sukan

Inisiatif RM7 juta KBS rancakkan saingan Liga Malaysia 

Inisiatif keseluruhan berjumlah RM7 juta daripada KBS bagi menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput sebagai persediaan menghadapi musim baharu Liga Malaysia bermula Mei ini. Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif menawarkan geran kepada setiap negeri yang keseluruhan berjumlah RM7 juta bagi menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput sebagai persediaan menghadapi musim baharu bermula Mei ini.

la bagi memastikan saingan Liga Malaysia (Liga M) tidak berdepan masalah dengan keadaan padang yang sering rosak.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, perkara itu menjadi keutamaan selepas perubahan jadual Liga M yang berubah dan pasukan akan bermain ketika musim hujan.

Oleh itu katanya, dengan pemberian geran sebanyak RM500,000 kepada setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan, ia akan membantu pasukan menyediakan venue lebih baik dan tidak mengganggu perjalanan liga disebabkan padang lecak dan ditakungi air.

“Justeru, KBS menawarkan geran berjumlah RM500,000, daripada jumlah itu RM300,000 adalah untuk naik taraf saliran dan selebihnya untuk geran penanaman rumput yang dibayar kepada negeri.

“Oleh itu, bagi setiap negeri yang mengambil pemberian geran itu perlu menunjukkan komitmen itu dan mampu melakukan penambahbaikan itu sebelum Liga M musim 2024 dan 2025.

“Bagi setiap negeri yang mengambil geran itu, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbesar hati untuk mengurniakan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada setiap pasukan bagi menampung kos penyelenggaraannya,” katanya.

Hannah   mempengerusikan Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025, di sebuah hotel, sini hari ini.

Tunku Ismail turut berkenan berangkat ke mesyuarat berkenaan selaku tetamu khas dengan diiringi Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, MFL, Datuk Stuart Ramalingam.Pada tahun lalu,

Hannah berkata,  hasil perbincangan peringkat awal ini, rata-rata menyambut baik cadangan itu dan meminta untuk pihak kementerian serta MFL melantik seorang pengurus projek untuk semua negeri..

“Pihak KBS dan MFL akan mengadakan perbincangan lanjut dengan setiap exco kerajaan negeri menerusi mesyuarat penyelarasan dalam masa terdekat supaya gerak kerja itu dapat dilaksanakan dalam bulan April ini.

“Dari segi rumput padang, mereka tidak perlu tanam Zeon Zyosia, mereka boleh tanam rumput jenis Bermuda. Ada juga yang sarankan untuk tidak lagi menggunakan rumput padang Cowgrass.

“Geran ini dikhususkan kepada satu stadium sahaja untuk setiap negeri. Ada isu yang dibangkitkan mengenai pasukan yang berkongsi stadium, ini juga akan dimuktamadkan dalam mesyuarat penyelarasan bersama kerajaan negeri kelak,” katanya.

Tambahnya, penambahbaikan itu diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan Liga M musim ini dan tidak ada perlawanan yang tertangguh disebabkan keadaan padang yang bertakung air.

Loading...
Terkini