comscore
Tumpuan :
Sukan

Insiden cium: Rubiales letak jawatan

Presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol, Luis Rubiales meletak jawatan semalam susulan insiden dia mencium bibir pemain Piala Dunia Wanita. – FOTO: REUTERS

BARCELONA: Presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales meletakkan jawatannya semalam susulan insiden beliau mencium pemain Piala Dunia Wanita.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan itu dalam satu kenyataan dengan menjelaskan kedudukannya tidak dapat dipertahankan.

RFEF turut mengesahkan Rubiales menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada presiden sementara Pedro Rocha.

Rubiales, 46, mencetus kontroversi selepas mencium bibir pemain tengah Sepanyol, Jennifer Hermoso ketika penyampaian hadiah Piala Dunia Wanita di Sydney pada 20 Ogos lalu.

Sebelum ini, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantungnya selama 90 hari selepas beliau enggan meletak jawatan, manakala pendakwaraya Sepanyol memfailkan pertuduhan ke atasnya berkaitan serangan dan paksaan bersifat seksual.

Hermoso, 33, membuat laporan di Mahkamah Nasional pada Selasa, mendakwa Rubiales menyerangnya secara seksual.

Rubiales turut meletak jawatan sebagai naib presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) – REUTERS

Loading...
Terkini