comscore
Tumpuan :
Sukan

Irfan Bakti terlibat kemalangan

Foto : Kuching City FC / Facebook

KUALA LUMPUR: Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika mahu pulang dari masjid, malam tadi.

Menurut kelabnya, jurulatih berusia 72 tahun itu mengalami kecederaan akibat daripada kemalangan itu.

Susulan itu, Irfan Bakti terpaksa menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Sama-sama kita doakan kesembuhan buat jurulatih Irfan Bakti agar pulih segera,” kata kelab Kuching City FC dalam satu hantaran di media sosial rasmi pasukan itu.

Loading...
Terkini