comscore
Tumpuan :
Sukan

Izzat Shameer kini nombor satu dunia

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

KUALA LUMPUR: Atlet boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple, kini berstatus nombor satu ranking dunia dalam kemaskini terbaharu https://worldbowlsseries.com

Izzat Shameer yang berasal dari Perak itu mencipta sensasi apabila mengumpul 822 mata mengatasi cabaran wakil dari Scotland, Stewart Anderson yang meraih 797 mata, manakala ranking ketiga dunia menjadi milik Aron Sherriff dari Australia, 781 mata.

Antara pencapaian Izzat adalah pingat emas acara perseorangan Kejohanan Boling Padang Asia 2024, emas acara perseorangan Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.

Izzat juga pernah meraih pingat gangsa beregu campuran pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 selain pingat emas acara beregu Klasik Hong Kong 2023 serta pingat perak acara individu lelaki Klasik Hong Kong 2023.

Manakala ranking wanita pula, seorang lagi atlet negara, Nor Farah Ain Abdullah turut muncul antara tiga terbaik dunia dengan menghuni ranking ke-2 dengan mengumpul 645 mata.

Antara pencapaian Farah ialah emas acara perseorangan Kejohanan Tertutup Boling Dunia 2024, gangsa, Kejohanan Dalam Dewan Boling Dunia 2024 acara beregu campuran, pingat emas kejohanan Asia Fours 2024, dan pingat perak, Kejohanan Asia Triples 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini