comscore
Tumpuan :
Sukan

Izzuddin-Sze Fei ke final BAC kejutkan Aaron-Wooi Yik

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei melakar kejutan apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, apabila mengalahkan pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Pada aksi separuh akhir Izzuddin-Sze Fei beraksi penuh tenaga untuk menang mudah set pertama  21-14.

Set kedua lebih sengit menyaksikan Aaron-Wooi Yik cuba bangkit namun keyakinan Izzuddin-Sze Fei nyata sukar digugat apabila menamatkan permainan 21-18 dalam pertarungan yang berlanjutan 40 minit itu.

Ini kejutan kedua yang dilakukan Izzuddin-Sze Wei selepas menewaskan juara Olimpik Jepun 2020 dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin pada separuh akhir semalam.

Sebagai rekod, ini adalah kemenangan kedua Izzuddin-Sze Fei ke atas Aaron-Wooi Yik dalam lapan pertemuan.

Pasangan ranking ke-19 dunia itu akan berdepan pemenang perlawanan antara beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang dengan gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan bagi perebutan gelaran juara, esok.

Kali terakhir Malaysia muncul juara beregu lelaki di BAC adalah menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada edisi 2007.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini