Tumpuan :
Sukan

Izzudin-Goh Sze Fei terkandas di suku akhir Masters China

Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei memberi tentangan sengit sebelum tewas dalam pertarungan tiga set di tangan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam aksi suku akhir Masters China, sebentar tadi.

Pada aksi di Gimnasium Shenzen itu, Izzuddin-Sze Fei bermula garang apabila menang 21-18 di set pertama sebelum lawan mereka bangkit memenangi set kedua 21-19 untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Aksi set penentuan menyaksikan pertarungan sengit disajikan kedua-dua pasangan sehinggalah mata terakhir sebelum Sabar-Moh Reza menoktahkan kemenangan dengan keputusan 23-21.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak memberi kesan besar kepada Izzuddin-Sze Fei yang sudah pun mengesahkan tiket ke saingan Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, bulan depan.

Musim ini, pasangan nombor lapan dunia itu berjaya merangkul tiga gelaran dalam saingan Jelajah Dunia bermula Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini