comscore
Tumpuan :
Sukan

Jamsari mahu lepaskan pingat kejuaraan MPPJ FC

KUALA LUMPUR: Bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian kembali menjadi perhatian apabila dilaporkan mahu menjual pingat yang dimenanginya ketika bersama MPPJ FC.

Lapor akhbar Berita Harian (BH) Jamsari mahu menjual pingat kejuaraan yang diperolehinya ketika membantu MPPJ menjuarai Piala Malaysia 2003.

FOTO : Jamsari Sabian / Facebook

Jamsari mula bersama MPPJ dari 2001 hingga 2004.

Dalam tulisannya itu, Jamsari berharap semua urusannya yang tertangguh dapat diselesaikan melalui penjualan pingatnya itu.

Pada masa sama beliau juga berharap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membantunya selepas membaca coretannya itu.

Sebelum ini Jamsari juga pernah menjadi tumpuan apabila mengumumkan mahu ‘mengorbankan’ tiga koleksi pingat yang dimenanginya bersama Selangor pada tahun 2005.

Loading...
Terkini