comscore
Tumpuan :
Sukan

Jangan pertikaikan lagi semangat patriotik Zii Jia – Norza

Norza menghadiri majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad badminton negara di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara hari ini. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria menggesa agar semua pihak memberi sokongan penuh buat perseorangan utama Lee Zii Jia tanpa mempertikaikan lagi nilai patriotisma pemain itu.

Norza menegaskan keyakinan beliau  yang tidak berbelah bahagi terhadap kemampuan  Zii Jia mengetuai cabaran skuad Piala Thomas negara di Chengdu,China dalam misi memburu kejuaraan yang kali terakhir dilakar  Malaysia 32 tahun lalu.

Zii Jia sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila meminta bayaran untuk penampilannya sebagai syarat menyertai skuad Piala Thomas negara dan membuat keputusan tidak menyertai latihan pusat pasukan kebangsaan seminggu sebelum bermulanya pertandingan.

“Ketepikan isu itu, sama-sama kita bagi sokongan kepada pasukan, bagi kekuatan yang mereka perlukan untuk cabaran di Chengdu.

“Seharusnya tiada lagi yang mempersoalkan semangat patriotik Zii Jia, semua pemain dalam pasukan adalah rakyat Malaysia, mereka bangga  membawa nama negara dan bersemangat membuktikannya,'” kata Norza.

Sementara itu mengenai imbuhan lumayan berjumlah RM1 juta sekiranya skuad negara berjaya membawa pulang Piala Thomas sebagaimana yang dilaporkan pihak media, Norza yakin ganjaran bukanlah yang dikejar pemain.

“Saya percaya mereka beraksi untuk maruah dan kejayaan negara, bukan untuk memburu insentif,” ujar Norza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini