comscore
Tumpuan :
Sukan

Jaringan lewat Korea Selatan sukarkan peluang Malaysia ke separuh akhir

FOTO: MHC

KUALA LUMPUR: Harapan skuad hoki kebangsaan meneruskan kemaraan ke separuh akhir Trofi Juara-Juara kini semakin tipis apabila terikat 3-3 menentang Korea Selatan di Mongolia, China.

Malaysia yang dibimbing Sarjit Singh tampak hampir pasti ke kelompok empat terbaik apabila mendahului 3-2.

Namun kealpaan 20 saat sebelum perlawanan tamat dimanfaatkan Yang Jihun menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk kedudukan terikat 3-3.

Kejayaan mengikat Malaysia 3-3 mengesahkan laluan Korea Selatan ke separuh akhir menuruti jejak India dan Pakistan.

Pada aksi menentang Korea Selatan, Malaysia dikejutkan jaringan seawal minit ke-6 Jihun.

Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi Azrai Aizad Abu Kamal dan mendahului 2-1 hasil jaringan Norsyafiq Sumantri pada minit ke-35.

Korea Selatan mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-42 sebelum Faizal Saari kembali meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-55.

Harapan Malaysia ke separuh akhir kini bergantung kepada perlawanan tuan rumah China menentang Jepun hari ini.

Jika China menang, Malaysia sah tersingkir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini