comscore
Tumpuan :
Sukan

Jaringan lewat Fernandes legakan United

Foto: Reuters

LONDON: Selepas tewas dua kali berturut-turut dalam saingan berbeza kepada Manchester City dan Newcastle United, kelab bimbingan Erik ten Hag kembali ceria selepas menumpaskan Fulham 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Bertandang ke arena lawan, perlawanan yang tampak berakhir tanpa jaringan, nasib berpihak United apabila kapten pasukan Bruno Fernandes menjaringkan gol kemenangan sepuluh minit sebelum wisel penamat.

Kemenangan tipis tiga kali berturut-turut di laman lawan mengangkat United ke tangga keenam dengan 18 mata daripada 11 perlawanan.

Ia memang sesuatu yang melegakan Erik ten Hag selepas kekalahan 3-0 berturut-turut di laman sendiri  sebelum ini, adalah permulaan paling buruk United sejak 1962 dan memberikan tekanan terhadap pengurus  itu.

United akan berkunjung ke Luton Town untuk perlawanan ke-12, 11 November ini.

Fulham pula selepas 11 perlawanan, di tangga ke-14 dengan12 mata. – REUTERS

Loading...
Terkini