comscore
Tumpuan :
Sukan

Jaringan lewat Kamara kecewakan KL City

FOTO: KL CITY FC

CHERAS: Jaringan minit akhir Abu Kamara membolehkan Kuching City FC (KCFC) mengikat KL City FC 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Meskipun KL City FC dilihat hampir membawa pulang tiga mata hasil sepakan penalti Tchetche Kipre pada minit ke-85, tandukan lewat permainan Kamara berjaya mengecewakan tuan rumah.

Keputusan itu membolehkan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu mengutip mata pertama dalam enam perlawanan terakhir.

Pada aksi terbabit, KCFC berjaya bertahan dengan baik untuk menghampakan KL City FC yang terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tanpa jaringan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, KL City FC beroleh peluang menerusi sepakan percuma pada kedudukan yang baik namun sayangnya gagal menembusi benteng pelawat.

Namun, KCFC terpana pada minit ke-84 selepas tuan rumah diberikan sepakan penalti susulan kekasaran Celia Santos dan Kipre tidak mensia siakan peluang itu untuk meledak gol pembukaan.

Ketika KL City FC berada di ambang kemenangan, KCFC tidak mahu menyerah kalah dan usaha keras mereka berhasil selepas berjaya menyamakan kedudukan menerusi Kamara.

Loading...
Terkini