comscore
Tumpuan :
Sukan

Jawatankuasa RTG tentukan keputusan untuk senarai Mohamad Aniq, Muhamad Aznil

Mohamad Aniq Kasdan cemerlang meraih pingat gangsa pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Arab Saudi. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Keputusan status rayuan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin disenaraikan dalam program Road To Gold (RTG) hanya diketahui selepas mesyuarat jawatankuasa program itu.

Mesyuarat Jawatankuasa RTG dijangka diadakan selepas Sukan Asia Hangzhou 2022 dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh,  memaklumkan, beliau tidak boleh mengumumkan sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan olehnya bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Muhamad Aznil Bidin turut berpotensi ke Sukan Olimpik berada dalam kedudukan ke-11 dunia dalam kategori 61 kilogram. – Foto: NSTP

Jawatankuasa RTG turut dianggotai bekas atlet kebangsaan, antaranya Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Anne David.

Manakala ketika ini selain jaguh lumba basikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, program RTG didominasi atlet badminton antara yang tersenarai Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, beregu lelaki Aaron Chia / Soh Wooi Yik dan gandingan wanita Pearly Tan / M Thinaah

“Jadi, kita perlu tunggu mesyuarat dulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” kata Hannah Yeoh.

Sebelum ini, Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat mengemukakan rayuan kepada Hannah untuk Mohamad Aniq dan Muhamad Aznil disenaraikan dalam RTG.

Keputusan mempertimbangkan semula kelayakan Mohamad Aniq untuk disenaraikan dalam RTG menjadi persoalan apabila atlet berkenaan kini menepati kriteria program itu dengan berada di kedudukan kesembilan dunia.

Ia selepas atlet kelahiran Johor itu berjaya memenangi pingat gangsa acara clean & jerk dengan angkatan 166 kilogram (kg) bagi kategori 61 kilogram di Kejohanan Angkat Berat Dunia yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini.

Hanya 10 atlet terbaik setiap kategori layak secara automatik beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Loading...
Terkini