comscore
Tumpuan :
Sukan

Jawatankuasa Sukan Asia 2026 setuju lapan pingat emas acara sepak takraw

Presiden ASTAF, Abdul Halim Kader mengesahkan AINAGOC meluluskan lapan acara sepak takraw yang menawarkan lapan pingat emas di Sukan Asia 2026. -Foto: Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Sukan Asia 2026 menerima cadangan  Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), untuk menawarkan lapan pingat emas bagi acara sepak takraw di temasya itu.

ASTAF  serta anggotanya gembira dengan perkhabaran itu ketika mereka berusaha melobi angka pingat di temasya itu dua tahun lagi.

Berita berkenaan dikongsikan oleh Presiden ASTAF, Abdul Halim Kader selepas mengadakan kunjungan ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur, Murate Satoshi di Nagoya, Jepun semalam.

“AINAGOC meluluskan lapan acaranya iaitu empat bagi kategori lelaki (regu berpasukan, antara regu, beregu dan kuadran/berempat), tiga wanita (regu berpasukan, beregu dan kuadran) dan kuadran campuran.

“Lapan pingat emas yang ditawarkan ini sudah disahkan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Aich – Nagoya (AINAGOC) dan kini hanya memerlukan sokongan Majlis Olimpik Asia (OCA) pada mesyuaratnya dalam tiga bulan akan datang,” katanya yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF).

Katanya, acara sepak takraw akan berlangsung di Stadium Taman Sukan Mizuho, Nagoya akan menjadi rekod baharu dalam sejarah temasya empat tahun sekali ini sekiranya ia dipersetujui oleh OCA.

Namun Halim berkata, hanya Jepun dibenarkan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan manakala negara lain hanya boleh menyertai dua acara daripada setiap kategori namun kuadran campuran dikecualikan dan terbuka kepada semua.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini