comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT II Juara Liga Perdana

Foto: NSTP

SHAH ALAM: Johor Darul Ta’zim (JDT) II mengesahkan kejuaraan cselepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Selangor 2 di Stadium UiTM Shah Alam, di sini, sebentar tadi.

Jaringan kemenangan JDT II dihasilkan pada minit ke-49 menerusi penyudah Daryl Sham yang menanduk masuk bola hantaran Daniel Ting.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Mariano Echeverria menamatkan saingan liga dengan mengumpul 42 mata keseluruhan, manakala pesaing terdekat Kelantan FC terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Lebih manis, ia adalah Liga Perdana terakhir sebelum saingan itu ditangguhkan selepas penstruktur baharu Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang menyaksikan hanya Liga Super akan dipertandingkan.

Malah, trofi Liga Perdana itu menambahkan lagi seri dalam musim gemilang Harimau Selatan selepas skuad utama mereka menjuarai Piala FA dan bakal dinobatkan juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Menurut kenyataan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kelab itu sebelum ini sudah memenangi sembilan trofi dalam tahun 2022, dengan Akademi JDT menyumbang tujuh darinya – termasuk JDT III memenangi Piala Presiden buat pertama kalinya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini