Tumpuan :
Sukan

JDT III muncul juara Piala Presiden

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan dominasi dalam arena bola sepak tanahair apabila JDT III menjuarai Piala Presiden selepas menewaskan Selangor FC bawah 20 (B-20) tahun di perlawanan akhir, malam tadi.

Pada aksi final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan namun tuan rumah dinobatkan selaku pemenang menerusi keputusan agregat 2-1.

Kejayaan itu cukup manis apatah lagi ia adalah kejuaraan ketiga berturut-turut buat JDT III di pertandingan itu.

Sebaliknya ia keputusan mengecewakan buat Red Giants yang terpaksa menangguhkan hasrat untuk menjulang mahkota kejuaraan itu buat kali keenam.

Dalam aksi itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga untuk memburu gol namun ketumpulan jentera hadapan sedikit mengecewakan.

JDT III yang mendapat sokongan penyokong sendiri ampuh bertahan untuk mengekalkan kelebihan satu gol yang diraih pada final pertama minggu lalu.

Kemenangan ini memastikan kejuaraan Piala Presiden keempat buat JDT secara keseluruhan selepas turut memenanginya pada tahun 2009, 2022 dan 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini