comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT ikat seorang lagi pemain import

Pemain import baru JDT, Nicolao Dumitru Cardoso. – FOTO: JOHOR Southern Tigers/ Facebook

JOHOR BAHRU: Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani seorang lagi pemain import baru, Nicolao Dumitru Cardoso bagi musim 2024/2025.

Pengumuman itu dibuat JDT menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan bekas pemain juara Liga Thai, Buriram United dan bakal memantapkan posisi serangan skuad Harimau Selatan itu.

Cardoso, kelahiran Itali memiliki reputasi yang hebat selain pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama di Serie A seperti Napoli, manakala di Liga Perdana Inggeris bersama Nottingham Forest.

Pemain import baru JDT, Nicolao Dumitru Cardoso – Foto Facebook JOHOR Southern Tigers

Menurut laman Transfermarkt, Cardoso telah meledak hampir 60 gol dalam 336 penampilannya sebelum ini.

Pemain yang bernilai RM1.27 juta itu bakal membantu jentera serangan JDT terutamanya bagi saingan di pentas Liga Juara-juara AFC Elit (ACLE).

JDT sebelum ini mengumumkan ketibaan tiga pemain import baharu iaitu Jalil Elias, Francisco Geraldes dan Murilo Henrique.

Malah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, seorang lagi pemain import akan tiba Jun nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini