comscore
Tumpuan :
Sukan

Jepun mula kempen pertahan Kejuaraan Asia 7s dengan langkah kanan

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

SHAH ALAM: Aksi bola sepak tujuh (7s) sebelah menemui peminat sukan tanah air menerusi berlangsungnya Kejuaraan Asia di Elmina.

Julung-julung kali diadakan di Malaysia, hari pertama saingan menyaksikan juara bertahan Jepun menentang Brunei.

Berdepan tentangan sengit lawan yang berdisiplin tinggi bertahan, negara matahari terbit itu hanya dapat menjaringkan gol minit (m) ke-28, dari penyudah Yuya Hakozaki.

Lima minit berselang, Anaqi Sufi Pengiran Omar Baki menceriakan Brunei dengan gol menarik dari serangan balas.

Ketika masa tambahan mencari pemenang membabitkan pasukan masing- maisng dibarisi enam pemain, Hakozaki sekali lagi tampil dengan gol penting kemenangan 2-1.

Aksi 7s dimainkan di padang yang lebih kecil dengan 20 minit bagi separuh masa pertama dan kedua, dan sekiranya berakhir seri kedua-dua pasukan diheret ke masa tambahan menyaksikan jumlah pemain setiap pasukan akan dikurangkan sehingga jaringan kemenangan terhasil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini