comscore
Tumpuan :
Sukan

Jinq En tekad pamer prestasi terbaik pada penampilan kedua di Sukan Asia

Foto: NSTP

HANGZHOU: Kecewa terpaksa menarik diri pada Kejuaraan Dunia Julai lalu akibat masalah kesihatan, penampilan Phee Jinq En di Sukan Asia kali ini umpama kesempatan buatnya untuk membuktikan kemampuan sebenar dirinya.

“Persediaan saya untuk Kejohanan Dunia adalah baik, tetapi malangnya saya jatuh sakit sebelum pertandingan, bagi saya sendiri, saya pasti mahukan persembahan di Sukan Asia yang lebih baik.”

“Matlamat saya sentiasa mahu melakukan catatan lebih pantas, dan mengharapkan sesuatu yang baik,” kata pemegang rekod kebangsaan dalam acara 50 meter dan 100 meter itu.

Ini penampilan kedua Jinq En pada Sukan Asia selepas berada di tempat kelima dalam acara 50 meter pada Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang

Jinq En,  satu-satunya perenang wanita dalam kem Malaysia manakala lima lagi perenang negara kesemuanya akan membuat penampilan pertama di Sukan Asia iaitu Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh, Jayden Tan, Hii Puong Wei dan Bryan Leong.

Jayden dan Arvin Shaun Singh akan turun ke kolam renang pada hari pertama dalam acara 200m rampaian individu dan 100m gaya bebas

Acara renang di Sukan Asia akan bermula esok di Arena Sukan Akuatik Olimpik Hangzhou.

Loading...
Terkini