Tumpuan :
Sukan

Josue, Lambert bantu City Boys atasi NSFC

FOTO: Malaysian Football League/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

CHERAS: Kuala Lumpur City menurunkan pemain yang berada dalam tugasan negara di kempen Piala Asean AFF ketika ini iaitu Paulo Josue dan Declan Lambert ketika menewaskan Negeri Sembilan (NSFC).

Perlawanan Liga Super ke-15 kedua-dua pasukan itu berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, menyaksikan dua jaringan pantas tuan rumah menerusi Josue minit (m) kesembilan dan m-12 oleh Brendan Gan.

NSFC cuba merapatkan kedudukan hasil penyudah Jacque Faye m-36 namun terus kempunan mendapat sebarang mata.

City Boys naik satu anak tangga dari posisi kesembilan dengan mengumpul 17 mata hasil tujuh kemenangan, dua seri dan enam kekalahan.

Pelawat pula kekal di tempat tercorot, memungut enam mata menerusi sekali menang, tiga seri dan 11 kekalahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini