comscore
Tumpuan :
Sukan

Juara Pestabola Merdeka, ‘Saham’ Vicente meningkat

Foto: FAM/

KUALA LUMPUR: Kejayaan Pau Marti Vicente selaku ‘caretaker’ Harimau Malaya dalam tugasan sulung menjuarai Pestabola Merdeka 2024  nyata besar ertinya buat pengendali kelahiran Sepanyol itu ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat penilaian untuk melantik ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan.

Vicente kini dilihat calon pengganti paling layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan ‘sifunya’ Kim Pan Gon apabila menamatkan kemarau 14 tahun Harimau Malaya meraih kejuaraan sejak merangkul Piala AFF 2010.

Lebih membanggakan Vicente, mengalahkan lawan dari Timur Tengah yang sukar dikalahkan Harimau Malaya dalam apa jua pertandingan.

Semalam Malaysia yang menduddukki ranking ke-134 dunia mengejutkan Lubnan (116 dunia) 1-0 hasil jaringan Romel Morales pada minit ke-33 untuk mengesahkan kejuaraan Pestabola Merdeka yang kali terakhir dimenangi pada 2013.

Bagi Vicente kejayaan itu hasil dedikasi tinggi setiap individu yang membentuk Harimau Malaya.

“Kami sangat gembira, kami layak untuk menang pada perlawanan mencabar itu, saya fikir pasukan telah berusaha sangat gigih.

“Semua pemain memberikan yang terbaik dan hari ini (Ahad) masa untuk meraikannya.

“Saya sangat teruja, kami memiliki pemain dan staff yang hebat dan perhubungan antara kami sangat baik, itu sesuatu yang penting,” kata Vicente selepas aksi final.

Mengimbas perlawanan itu, Vicente berkata Malaysia berpeluang menambah jaringan meskipun tampak sukar mengekalkan penguasaan pada babak pertama selepas Lubnan kembali bangkit.

Selepas berakhir tugasan bersama skuad kebangsaan, pemain akan pulangi ke pasukan masing-masiing untuk menghadapi saingan Liga Super.

Mereka dijangka kembali ke kem latihan Harimau Malaya bulan hadapan untuk persiapan perlawanan persahabatan menentang New Zealand yang mendudukki ranking ke-94 dunia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini