comscore
Tumpuan :
Sukan

Juara Piala Uber 2024, China tampil kekuatan luar biasa

He Bing Jiao pastikan kejuaraan Piala Uber  kali ke-16 China selepas tewaskan Ester Nurumi Tri Wardoyo, 10-21, 21-15, 21-17. – FOTO: Ihsan BWF

CHENGDU: Kejuaraan Piala Uber kali ke-16 yang diraih China di hadapan penyokong sendiri turut menceritakan betapa mereka sukar dicabar dan berada dalam kelas tersendiri.

Pada aksi final pagi tadi harapan peminat untuk menyaksikan Indonesia mampu menghadirkan  tentangan sengit nyata tidak  berlaku sebaliknya China menang mudah 3-0.

Pemain perseorangan wanita nombor dua dunia Chen Yu Fei tidak berdepan masalah besar meraih mata pertama China menundukkan Gregoria Mariska Tunjung, 21-7, 21-16 dalam perlawanan berlangsung selama 36 minit.

Gandingan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan juga mudah mengatasi Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto 21-11, 21-8 untuk mata kedua China.

Cuba bangkit menerusi perseorangan kedua, Indonesia bagaimana akur sukarnya merobohkan “Tembok China”  biarpun tampil dengan semangat tinggi mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada separuh akhir.

China mengesahkan kejuaraan apabila He Bing Jiao bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menumpaskan Ester Nurumi Tri Wardoyo, 10-21, 21-15, 21-17 dalam pertarungan yang berlarutan 69 minit.

Menyusuri perjalanan China sepanjang kejohanan, tiada satu pun lawan yang berjaya mencuri mata.

Pada saingan Kumpulan A China menang kesemua perlawanan dengan keputusan 5-0 ke atas Singapura, Kanada dan India.

Manakala pada suku akhir China menundukkan Denmark 3-0 sebelum melangkah ke final mengalahkan Jepun 3-0 pada saingan separuh akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini