comscore
Tumpuan :
Sukan

Jun Hao gagal beri mata kemenangan, Jepun kembali bersaing

Jun Hao gagal sumbang mata kemenangan, tewas kepada Watanabe pada aksi perseorangan kedua. FOTO: Ihsan BAM)

SHAH ALAM: Harapan untuk menyaksikan Leong Jun Hao menghadiahkan mata ‘mata final’ pada separuh akhir menentang Jepun pada Kejuaraan Badminton Kejuaraan Asia tidak kesampaian apabila tewas pada aksi perseorangan kedua di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), di sini sebentar tadi.

Jun Hao bagaimanapun menampilkan semangat kental sebelum mengalah kepada Koki Watanabe pada pertarungan tiga set yang memakan masa 1 jam 28 minit itu.

Saingan sengit kedua-dua pemain bermula pada set pertama menyaksikan Jun Hao yang berada di ranking ke-38 dunia menang 21-18.

Bagaimanapun Watanabe yang mendudukki ranking ke-20 dunia kembali dengan permainan lebih kemas pada set kedua dan kerap mematikan langkah Jun Hao dengan kemenangan 21-12.

Set penentuan seperti dijangka menyaksikan saingan lebih sengit dan mendebarkan kedua-dua pemain.

Saling mengejar mata dengan masing-masing menampilkan  pukulan-pukulan yang mengelirukan, Jun Hao terpaksa akur dengan kekalahan tipis 19-21.

Kedudukan semasa Malaysia mendahului Jepun 2-1, harapan terarah kepada gandingan beregu kedua Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani yang ketika ini menentang Kenya Mitsuhashi – Hiroki Okamura untuk memburu mata kemenangan skuad kebangsaan.

Laporan lanjut akan menyusul.

Loading...
Terkini