comscore
Tumpuan :
Sukan

Jun Hao sedia jadi nombor dua

KUALA LUMPUR: Ketiadaan NgTze Yong dalam skuad Piala Thomas kali ini menyaksikan tanggungjawab selaku perseorangan kedua hampir pasti digalas Leong Jun Hao.

Sedar akan situasi itu, Jun Hao yang berusia 24 tahun, melaungkan keyakinan  bersedia untuk memikul cabaran itu.

Apapun, ia bukanlah kali pertama Jun Hao mengambil tanggungjawab penting itu dalam sesuatu kejohanan besar.

Pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Februari lalu, Jun Hao beraksi selaku perseorangan kedua dalam hampir semua perlawanan malah dia turut memikul tanggungjawab sebagai perseorangan pertama ketika menentang China di pentas final selepas Lee Zii Jia mengalami masalah resdung.

“Saya sentiasa bersedia dan perlu bersedia. Seperti saya katakan sebelum ini, siapa yang bermain belum tahu lagi tetapi saya sentiasa bersedia untuk diturunkan.

“Apa yang paling penting sekarang, kami bekerja sebagai satu pasukan. Saya dapat rasakan semua pemain bersemangat tinggi sejak kami mula menjalani kem latihan pusat bermula Rabu lalu,” katanya.

Selain Zii Jia dan Jun Hao, skuad negara turut menyenaraikan Cheam June Wei dan Justin Hoh dalam acara perseorangan.

Kejohanan Piala Thomas 2024 dijadual berlangsung di Chengdu, China dari 27 April hingga 5 Mei ini

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini