comscore
Tumpuan :
Sukan

Jurulatih pernah bimbing dua juara dunia ditagih BAM?

Oleh: Syakirah Zulkifly

KUALA LUMPUR: Dikala Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih mengunci mulut tentang penstrukturan semula barisan kejurulatihan, difahamkan seorang lagi jurulatih bakal meninggalkan badan induk itu.

Ketika ini, khabar angin mengenai keputusan tidak menyambung kontrak jurulatih perseorangan lelaki yang sudah berkhidmat selama 15 tahun bersama skuad kebangsaan itu menjadi perbualan peminat badminton tanah air.

Bagaimanapun, satu pengumuman akan dibuat oleh BAM esok, mengenai kemas kini keputusan penstrukturan semula selepas mengadakan beberapa fasa perbincangan sebelum ini.

Difahamkan juga, seorang lagi jurulatih berpengalaman dari Indonesia berada dalam senarai badan induk berkenaan bagi menambah kekuatan di bahagian sektor perseorangan.

Jurulatih itu menjadi antara yang ditagih susulan kejayaannya yang pernah membimbing dua juara dunia sebelum ini.

Terdahulu, jurulatih perseorangan, James Chua terlebih dahulu meninggalkan BAM sebelum kontraknya tamat pada penghujung tahun ini selepas membuat keputusan menerima tawaran untuk berkhidmat sebagai ketua jurulatih di Repulic Czech.

Untuk rekod, kontrak beberapa jurulatih lain akan tamat pada penghujung tahun ini, antaranya Datuk Tey Seu Bock dan Hendrawan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini