comscore
Tumpuan :
Sukan

Kami hanya bermain untuk negara – Faisal


SUBANG JAYA: Kemelut yang dikatakan menyelubungi pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan tumpuan pemain kebangsaan untuk kembali mempertingkatkan prestasi menghadapi saingan  kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Bagi tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim, dia melihat kepimpinan FAM yang diterajui Datuk Hamidin Mohd Amin tidak berhadapan sebarang masalah selain turut menjalankan tugas dengan baik sejak memimpin FAM. 

“Apa yang saya nak cakap, jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon cukup terbaik.”Malah, Datuk Hamidin juga sedang menjalankan tugas dengan baik. Sekarang ini, bila kalah, semua benda tidak kena.

“Sebagai pemain, benda ini (isu babitkan FAM) bukan isu kerana kita hanya bermain saja untuk negara,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama koleksi peribadinya, di sini.

Tambah Faisal, apa yang berlaku adalah hal pihak atasan dan sebagai pemain, tanggungjawab mereka adalah sentiasa bersedia untuk mewakili negara.

.Sebelum itu, media melaporkan bahawa sudah tiba masa buat FAM melakukan peralihan pucuk pimpinan dalam usaha menggerakkan sukan nombor satu negara itu ke tahap yang lebih pesat pada masa akan datang.

Pelbagai pihak mula menyuarakan pandangan, antaranya oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga bekas Timbalan Presiden FAM, sambil menegaskan kepimpinan sedia ada sudah melakukan kerja dengan baik sepanjang memegang jawatan dalam badan induk itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini