comscore
Tumpuan :
Sukan

Kami sudah tepati janji – Al-Battat

Penyokong Palestin meraikan kejayaan mereka ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Hong Kong 3-0 pada aksi Kumpulan C Piala Asia di Stadium Abdullah Bin Khalifa, Doha.-Foto: Reuters

DOHA: Kemenangan 3-0 Palestin ke atas Hong Kong pada saingan Kumpulan C menyaksikan mereka melakar sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Asia, sebagai pasukan ketiga terbaik kumpulan.

Bagi kapten Palestin, Musab Al-Battat, pemain sudah melunaskan janji kepada rakyat Palestin dengan kejayaan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami. Kami berjaya mengukir senyuman kepada mereka yang mengikuti kami… di dalam atau di luar Palestin.”

Kejayaan mengalahkan  Hong Kong juga adalah kemenangan pertama mereka dalam sejarah kejohanan dan sudah mencukupi untuk layak ke pusingan 16 terakhir sebagai salah satu daripada empat pasukan tangga ketiga terbaik.” kata Al-Battat

Al-Battat dilihat arkitek dalam kemenangan ke atas Hong Kong apabila hantarannya pada minit ke-12 disempurnakan Oday Dabbagh untuk gol pertama Palestin.

Awal babak kedua, Palestin mengukuhkan kedudukan 2-0 juga hasil pergerakan Al-Battat yang disudahkan  Zeid Qunbar.

Dabbagh melengkapkan kemenangan 3-0 Palestin untuk jaringan kedua peribadinya pada minit ke-85.

Emiriah Arab Bersatu turut mara ke pusingan kalah mati sebagai naib juara Kumpulan C walaupun tewas 2-1 kepada pendahulu, Iran yang awal lagi layak.

Kemenangan Palestin hadir ketika dunia berkongsi kesedihan dengan kemusnahan dan pergolakan yang berlakudi negara itu akibat serangan pengganas Israel.

Pemain dan pegawai skuad bola sepak Palestin turut kehilangan ahli keluarga mereka.

Loading...
Terkini