comscore
Tumpuan :
Sukan

Kane muncul penjaring terbanyak

Harry Kane (kiri) menjaringkan gol kedua England ketika kelayakan EURO 2024 menentang Itali di Stadium Diego Armando Maradona dekat Naples, Itali. – FOTO: EPA

NAPLES – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane melakar rekod peribadi tersemdiri apabila bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi pasukan England.

Kane menjaringkan gol ke 54 buat dirinya ketika membantu England mengatasi juara Euro 2020, Itali dengan kemenangan 2-1 pada aksi pembukaan kelayakan Euro 20¾4.

“Ia semestinya penalti, ketika ia menerjah jaring, ia emosi yang besar,” kata Kane kepada Channel 4. “Saat magis.”

 

Pada penampilan ke-81 dalam aksi antarabangsa, kapten England itu mengatasi catatan Wayne Rooney dengan 53 buat Three Lions.

“Saya tahu ia tidak mengambil masa yang lama tetapi ia agak pantas,” kata Rooney menerusi Twitter. “Pemain yang hebat, penjaring gol yang menakjubkan dan legenda England. Tahniah Harry.”

Kane juga mengatasi rekod lama dipegang Jimmy Greaves dengan rekod 266 untuk bergelar penjaring terbanyak Tottenham pada Februari.

Pemain England, Harry Kane (tengah) diasak 3 pemain Itali.

“Menjadi sebahagian daripada perkara menakjubkan. Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan, staf, penyokong, keluarga saya dan isteri saya,” kata Kane selepas England mencatat kemenangan pertama di tempat lawan di Itali sejak 1961.

“Ia malam yang istimewa buat saya dan malam yang saya tidak akan lupakan. Saya sangat bangga.”

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol antarabangsa pertama pada penampilan pertama di Wembley ketika menentang Lithuania pada Mac 2015.

Dia dinamakan sebagai kapten buat skuad Gareth Southgate sebelum Piala Dunia 2018 dan mengetuai negaranya ke separuh akhir sambil meraih Kasut Emas dengan enam gol di Russia.

Empat lagi gol di Euro 2020 membantu England mara ke final kejohanan utama sejak 1966.

Dua gol Kane pada Piala Dunia 2022 menyaksikan dia mengatasi Gary Lineker sebagai penjaring terbanyak England di kejohanan utama dengan 12 gol.

Loading...
Terkini