comscore
Tumpuan :
Sukan

KDA FC menang tipis ke atas Penang FC

FOTO: KDA FC

GEORGETOWN: Kedah Darul Aman (KDA) FC membawa pulang bekalan tipis ke Stadium Darul Aman selepas menewaskan Penang FC 1-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Jaringan Hasbullah Abu Bakar sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat skuad kendalian Nafuzi Zain ke atas anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

KDA FC berpeluang menambah jaringan menerusi Ebenezer Assifuah, namun video bantuan pengadil (VAR) menafikan hasrat penyerang kelahiran Ghana itu apabila Fazrul Amir didapati ofsaid.

Aksi di babak pertama turut menyaksikan VAR membatalkan keputusan sepakan penalti selepas pengadil mendapati ketua pasukan Penang, Rafael Vitor, tidak melakukan sebarang kekasaran ke atas pemain tengah Kedah, Sukhrob Nurulloev.

Tiga kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli kepada pemain kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama berlangsung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini