Tumpuan :
Sukan

Kecederaan buku lali sekat impian Zii Jia di China

Zii Jia menarik diri daripada perlawanan akibat kecederaan buku lali / Tangkap layar laman X BWF

KUALA LUMPUR: Kecederaan buku lali kanan dialami pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meranapkan impiannya untuk memburu gelaran juara di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

Zii Jia yang menghuni ranking nombor lapan dunia berdepan nasib malang itu ketika berdepan wakil tuan rumah, Li Shi Feng dalam aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.

Pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Zii Jia bermula baik apabila memenangi set pertama 22-20 dan sedang mendahului 13-4 di set kedua sebelum dia dihantui kecederaan buku lali kanan.

Dia cuba untuk meneruskan permainan tetapi terpaksa membuat keputusan menarik diri ketika mendahului 11-15.

FOTO: Tangkap layar laman web HSBC BWF World

Kecederaan itu memaksanya menarik diri dan terpaksa menggunakan kerusi roda meninggalkan gelanggang.

Tindakan menarik diri itu menyaksikan kemenangannya dalam dua perlawanan awal sebelum ini ke atas jaguh Taiwan, Chou Tien Chen dan Anders Antonsen dari Denmark yang mana dia sudah pun mengesahkan tempatnya ke separuh akhir dibatalkan.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Lloyd Green dalam kenyataan ringkasnya kepada media berdasarkan peraturan yang ditetapkan badan induk itu.

“Zii Jia mengalami kecederaan bulu lali kanan. Disebabkan dia menarik diri, semua keputusan perlawanannya dibatalkan,” kata Green.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini