comscore
Tumpuan :
Sukan

Kecederaan pinggul paksa Nadal tarik diri Terbuka Australia

Kecederaan pinggul paksa Nadal lupakan Terbuka Australia 2024. – Foto fail Reuters

SYDNEY: Bintang Sepanyol, Rafael Nadal yang kembali beraksi buat kali pertama di saingan Antarabangsa Brisbane minggu ini selepas berehat hampir setahun, mengesahkan penarikan diri dari Terbuka Australia 2024.

Menurut juara Grand Slam 22 kali itu, dia terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan rawatan kecederaan pinggul kiri yang dialaminya.

Nadal, 37, mengalami kecederaan pinggul di bahagian yang sama dialaminya ketika di Melbourne tahun lalu dan diketepikan sepanjang musim berikutan perlu pembedahan.

Selepas tewas pusingan suku akhir kepada pemain Australia, Jordan Thompson pada saingan Antarabangsa Brisbane, dia mengatakan berasa tidak selesa di bahagian pinggul yang sama.

Nadal kemudiannya memaklumkan doktor di Melbourne mengarahkannya melakukan MRI dan mendapati dia mengalami otot terkoyak tapi bukan di bahagian yang sama.

Akui Nadal, dia tidak bersedia untuk bersaing pada tahap maksimum yang diperlukan dalam kejohanan utama.

“Saya akan kembali ke Sepanyol untuk berjumpa doktor, mendapatkan rawatan dan berehat,” katanya.

“Saya bekerja keras sepanjang tahun untuk kemunculan semula ini dan seperti yang saya selalu nyatakan, matlamat saya adalah untuk berada pada tahap terbaik saya dalam masa 3 bulan.

“Saya benar-benar mahu bermain di Australia dan saya mempunyai peluang untuk bermain beberapa perlawanan yang membuatkan saya sangat gembira dan positif,” ujar Nadal yang terharu dengan sokongan berterusan peminatnya.

Loading...
Terkini