comscore
Tumpuan :
Sukan

Kecewa digugurkan, BAM alih tumpuan ke Sukan Asia 2026

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh.

KUALA LUMPUR: Keputusan Sukan Komanwel Glasgow 2026 untuk menggugurkan acara badminton jelas mengejutkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, keputusan itu memang sesuatu yang mengecewakan kerana badminton sudah menjadi sukan wajib di temasya empat tahun sekali itu.

“Keputusan ini memang tidak dijangka terutama buat negara seperti Malaysia, India dan Singapura. Ia agak pelik kerana badminton sentiasa dipertandingkan di Sukan Komanwel,” kata Kenny.

Pada edisi 2022 yang berlangsung di Birmingham, England, kontinjen Malaysia membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa menerusi acara berkenaan.

Mengulas lanjut, Kenny berkata, BAM akan mengalihkan fokus kepada Sukan Asia 2026 yang berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun.

“Mungkin satu kehilangan peluang buat pemain kita yang ada potensi di Sukan Komanwel, tetapi kita masih ada Sukan Asia pada 2026 di mana badminton akan dipertandingkan. Jadi mungkin kita akan fokus sepenuhnya pada Sukan Asia,” katanya.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) semalam mengumumkan Glasgow 2026 hanya mempertandingkan 10 acara sukan berbanding 19 acara yang dipertandingkan ketika edisi di Birmingham pada 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini