comscore
Tumpuan :
Sukan

Kedah menang “derby” utara

FOTO: MFL MY/Twitter

ALOR SETAR: Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk meneruskan momentum kemenangan di laman sendiri tercapai apabila Sang Kenari berjaya menewaskan Skuad Harimau Kumbang 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kejayaan pada perlawanan tetangga utara ini sekaligus melunaskan ‘dendam’ kekalahannya kepada Penang FC selepas tewas kepada skuad berkenaan pada saingan Piala FA pada 8 Mac lalu dan kemenangan ini juga kembali melonjakkan kedudukan Sang Kenari ke tangga kedua dalam Liga Super setakat ini dengan 16 mata.

Pada aksi perlawanan ini, gawang tuan rumah diujii seawal minit kedua oleh pelawat melalui sepakan percuma yang diambil pemain import Penang FC Hassan Saad namun percubaannya melepasi palang gol.

Penang FC sekali lagi mencemaskan gawang Kedah pada minit ke-12 melalui percubaan Adib Raop melalui bahagian kanan pertahanan namun ketangkasan penjaga gol Kedah Kalamullah Al-Hafiz berjaya menepis percubaan itu.

Sang Kenari bangkit membalas serangan ke kubu Harimau Kumbang selang dua minit selepas itu dengan percubaan Al-Hafiz Harun yang berjaya membolosi gawang namun kedudukannya terlebih dahulu dikesan ofsaid oleh pengadil perlawanan.

Bermula babak kedua, tuan rumah kembali meneruskan asakan ke kubu Penang FC namun semasa bertahan, Sang Kenari dikejutkan dengan kehilangan pemain pertahanan Wan Amirul Afiq pada minit ke-53 yang menerima kad merah akibat kad kuning kedua.

Kedudukan itu tidak melemahkan semangat tuan rumah yang terus memburu gol dan akhirnya Kedah berjaya memecah kebuntuan gol hasil jaringan penyerangnya Willian Lira yang mendapat peluang terbaik di hadapan gawang Penang FC pada minit ke-64.

Loading...
Terkini