comscore
Tumpuan :
Sukan

Kedah tumpang bangga kemaraan Jordan ke final Piala Asia

Mahmoud Al-Mardi ketika mewakili KDA FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada musim 2022.- Foto: KDA FC/ Facebook 

ALOR SETAR: Aksi cemerlang bekas pemainnya, Mahmoud Al-Mardi membantu Jordan mara ke perlawanan akhir Piala Asia menundukkan Korea Selatan 2-0 di Stadium Ahmed bin Ali, semalam. turut membanggakan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Penampilan Mahmoud bersama Jordan sepanjang saingan Piala Asia hingga memacu ke pentas akhir itu mengimbau kembali semangat serta sumbangan kejayaan yang diberikan kepada skuad Sang Kenari pada musim 2022 yang memahat nama KDA FC pada saingan Piala AFC musim 2022.

Malah menerusi gambar profilnya di laman Facebook, dapat dilihat Mahmoud masih memaparkan gambarnya yang memakai jersi skuad Sang Kenari pada musim 2022 itu hingga kini.

Dalam status terbaru media Sang Kenari hari ini, KDA FC turut memuatnaik ucapan tahniah buat Al-Mardi susulan kejayaan yang dilakarnya bersama pasukan kebangsaan Jordan yang mencipta sejarah melangkah ke pentas akhir kejohanan tertinggi di Asia itu.

“Tahniah diucapkan kepada Mahmoud Al-Mardi yang berjaya melangkah bersama pasukan Jordan ke pentas akhir Piala Asia buat pertama kali.

“Kelibat Mahmoud Al-Mardi pasti dirindui penyokong Kedah apabila aksi cemerlang beliau bersama rakan sepasukan mencipta sejarah untuk layak ke perlawanan akhir Piala Asia Qatar 2023.

“Mahmoud mewakili KDA FC di musim 2022, diikat di pertengahan musim dan membantu Sang Kenari layak ke perlawanan Separuh Akhir Zon ASEAN, Piala AFC 2022. Tahniah, Pulun Mardi Pulun di perlawanan akhir nanti,” kongsi KDA FC.

Pada aksi pembukaan Kumpulan E, Mahmoud turut meledak satu gol membantu Jordan mengalahkan Harimau Malaya 4-0.

Selain Mahmoud , tiga lagi pemain Jordan yang pernah beraksi dalam dalam Liga Malaysia (Liga M) ialah Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab yang pernah mewakili Selangor, dan Fadi Awad (PDRM FC)

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini