comscore
Tumpuan :
Sukan

Kedudukan Arteta dalam bahaya

Foto: Reuters

LONDON: Tony Adams memberi amaran bahawa bekas kelabnya Arsenal sudah “sampai kemuncak” dan mengatakan bahawa kedudukan pengurus Mikel Arteta mungkin dalam bahaya kehilangan pekerjaannya.

The Gunners menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana musim ini, penamat terbaik mereka di liga sejak Arteta menjadi pengurus.

Arsenal berada lapan mata di hadapan Manchester City pada awal kempen dan dilihat bakal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun.

Tetapi kejatuhan lewat musim menyaksikan City muncul juara liga dan Arsenal menamatkan musim tanpa trofi.

“Mikel Arteta berusaha keras membawa Arsenal ke tempat kedua bersama pemain yang dimilikinya,” kata Adams.

“Tetapi apabila seorang pengurus menunjukkan peningkatan ketara daripada jangkaan kelab, selalunya jika prestasi itu tidak dapat dikekalkan pada musim berikutnya ia berada dalam bahaya.

“Dan apabila itu berlaku, dia sering pergi menjelang Krismas.”

Adams, bagaimanapun merasakan bahawa Arsenal tidak akan memecat Arteta dan akan kekal memegang jawatan pengurus yang membawa mereka menjulang Piala FA pada 2019-20.

“Tiada satu minitpun saya merasakan Gunners akan menyingkirkan Arteta tapi saya bimbang ia boleh menjadi sebaliknya,” katanya.

“Tiada siapa menjangka mereka akan menamatkan saingan begitu tinggi tetapi kelemahan kepada semua itu ialah ke mana mereka pergi selepas ini?

Loading...
Terkini