comscore
Tumpuan :
Sukan

Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia ditunda

FOTO: NSTP / OWEE AH CHUN

KUALA LUMPUR: Berikutan tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang jatuh pada 19 November ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, kejohanan yang dijadual berlangsung bermula 15 hingga 20 November depan di Ipoh, Perak itu akan ditukar pada satu tarikh baharu.

Bagaimanapun, beliau berkata, tarikh baharu bagi penganjuran kejohanan terbabit masih belum ditetapkan selain menjelaskan pihaknya akan mencari tempoh waktu sesuai.

“Kami sudah memaklumkan penundaan ini kepada pihak Badminton Asia untuk memberi laluan kepada hari pengundian pilihan raya.Jadi, untuk tarikh baru, kami masih lagi sedang melihat ruang yang boleh kami anjurkan kejohanan ini semula,” kata Kenny.

Sementara itu, Kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia tetap akan berlangsung seperti tarikh sudah ditetapkan iaitu pada 8 hingga 13 November ini. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini