comscore
Tumpuan :
Sukan

KEJOHANAN HOKI DEWAN PIALA ASIA: Skuad Wanita Negara Kekal Momentum Kemenangan

THAILAND: Skuad wanita kebangsaan turut kekal dengan momentum positif pada Kejohanan Hoki Dewan Piala Asia 2022 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Selepas kejayaan skuad lelaki ke atas pasukan tuan rumah, Thailand, langkah sama turut dilakar pasukan kendalian Mohd Rodhanizam Mat Radzi dengan kemenagan 3-0.

Bagaimanapun, gol pembukaan Malaysia hanya hadir pada suku ketiga menerusi jaringan padang Iren Hussin sebelum Nur Aisyah Yaacob menggandakan kedudukan menerusi gol sudut penalti.

Qasidah Najwa Muhammad Halimi kemudiannya melengkapkan kemenangan 3-0 menerusi jaringan padang yang dicipta seminit sebelum tamat sepenuh masa.

“Untuk perlawanan hari ni bertemu Thailand, pemain bermain dengan baik sebagai satu pasukan, walaupun kita tahu Thailand berada ranking atas dari Malaysia, kita dapat mengawal permainan dengan baik.

“Ada beberapa kesilapan-kesilapan mudah dilakukan oleh pemain, tetapi dengan pantas mereka dapat memperbaiki dalam perlawanan, apa apa pun saya bangga dengan pemain kerana memberikan yang terbaik untuk perlawanan hari ni,” katanya selepas tamat perlawanan sebentar tadi.

Dengan dua kemenangan yang diraih skuad wanita kebangsaan, Malaysia turut mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir walaupun masih berbaki satu perlawanan menentang Singapura Jumaat ini.

Pada kempen 2019,skuad wanita negara menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas kepada Uzbekistan pada penentuan tempat ketiga.

Loading...
Terkini