comscore
Tumpuan :
Sukan

Kejuaraan Sulung CPRC 2022 Ditentukan Sabtu Ini

 

FOTO: Facebook/ CPRC

Oleh Naja Nabihah Zulkeflee

SUBANG JAYA: Perebutan gelaran sulung Kejuaraan Ragbi Premier Korporat (CPRC) 2022 yang akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bakal menemukan pasukan Bank Muamalat Bullets berdepan Royal Town Warriors, 15 Oktober ini.

Manakala PPTD Patriots pula akan menentang TNB Blackoutz untuk kategori “Challenge Match”.

Menurut Pengarah Kejohanan CPRC, Shah Bahari, kejohanan ini turut mempunyai tarikan tersendiri dan dinantikan peminat ragbi tempatan.

Malah kejayaan penganjuran edisi sulung hingga ke perlawanan akhir ini juga menyumbang kepada pembangunan sukan ragbi di Malaysia.

“Secara tidak langsung kejohanan ini memberi peluang dan ruang untuk pemain-pemain ragbi mempunyai karier dan badan-badan korporat ini. Itulah hasrat kami.” katanya.

Aksi akhir CPRC akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Sayyidina Hamzah, UIAM Gombak.

Loading...
Terkini