
HONG KONG: Goh Jin Wei tampil selaku wakil kedua Malaysia ke separuh akhir Badminton Terbuka Hong Kong selepas mengejutkan pilihan ke-6 dari China, Han Yue sebentar tadi.
Tewas 12-21 pada set pertama, tumpuan Jin Wei nyata tidak terjejas apabila bangkit dengan aksi lebih kemas untuk memukau Han Jue dengan kemenangan 21-17 pada set kedua.
Set penentuan Jin Wei mengekalkan ketenangannya meskipun Han Jue juga aggresif memburu mata kemenangan.
Namun Jin Wei yang berada pada ranking ke-34 dunia, berbanding Han Yue yang mendudukki tempat ke 9 dunia jelas berada dalam kelas tersendiri.
Selepas berlarutan 52 minit, Jin Wei mengesahkan laluan ke separuh akhir menamatkan set penentuan 21-18.
Separuh akhir esok, Jin Wei berdepan pemain China, Zhang Yi Man, yang mengenepikan rakan senegara juga pilihan ke-8, Wang Zhi Yi 21-17, 21-17