comscore
Tumpuan :
Sukan

Kejutan Jun Hao, tewaskan Nishimoto

Leong Jun Hao menentang Anthony Ginting pada pusingan kedua Masters Indonesia esok.- Foto ihsan BAM

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mencuri tumpuan apabila mara ke pusingan kedua Badminton Masters Indonesia menewaskan pemain ranking ke-11 dunia dari Jepun, Kenta Nishimoto.

Kemenangan 21-17 pada set pertama nyata menyemarakkan semangat Jun Hao yang berada di kedudukan ke-37 dunia itu.

Set kedua Jun Hao mengekalkan penguasaan meskipun Nishimoto cuba bangkit.

Selepas perlawanan berlarutan 46 minit, Jun Hao menamatkan cabaran Nishimoto, menang 21-17 pada set kedua.

Bagaimanapun ujian getir menanti Jun Hao pada pusingan kedua esok, terpaksa berdepan pemain nombor empat dunia, pemain tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting.

Lee Zii Jia  bangkit tewaskan S.Kidambi pada pusingan pertama Masters Indonesia.- Foto ihsan BAM

Sementara itu, seorang lagi perseorangan negara, Lee Zii Jia beraksi tiga set sebelum menundukkan wakil India, S.Kidambi sebelum mara ke pusingan kedua.

Tewas 19-21 pada set pertama, tumpuan Zii Jia tidak terjejas apabila bangkit menguasai set kedua dengan kemenangan 21-14.

Kidambi terus hilang arah pada set penentuan membolehkan Zii Jia menang mudah 21-11 pada pertarungan yang berlangsung selama 54 minit.

Pusingan kedua esok, Zii Jia akan menentang pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus.

Loading...
Terkini