comscore
Tumpuan :
Sukan

Kelayakan Euro 2024: Jaringan Weghorst bantu Belanda benamkan Ireland

Pemain Belanda, Wout Weghorst meraikan jaringan ketika aksi Kumpulan B, Kelayakan Euro 2024 menentang Ireland di Stadium Aviva, Dublin. – FOTO: REUTERS

DUBLIN: Wout Weghorst yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua sekali gus memastikan kemenangan 2-1 Belanda ke atas Ireland pada aksi kelayakan Euro 2024.

Adam Idah meraikan jaringan pembukaannya untuk Ireland ketika aksi Kumpulan B, Kelayakan Euro 2024 menentang Belanda di Stadium Aviva, Dublin. – FOTO: REUTERS

Di awal permainan, skuad kendalian Ronald Koeman itu dikejutkan dengan jaringan penalti Adam Idah yang meletakkan Ireland di depan dalam aksi Kumpulan B di Dublin.

Bagaimanapun sepakan penalti disempurnakan pemain Liverpool, Cody Gakpo berjaya menyamakan kedudukan sebelum ledakan gol Weghorst di babak kedua membenamkan Belanda.

Pemain Belanda, Cody Gakpo menyempurnakan sepakan penalti untuk gol penyamaan ketika aksi Kumpulan B, Kelayakan Euro 2024 menentang Ireland di Stadium Aviva, Dublin. – FOTO: REUTERS

Weghorst, yang ketika ini dipinjamkan ke kelab Jerman, Hoffenheim oleh kelab Liga Perdana Inggeris, Burnley turut menjaringkan gol ketika kemenangan ke atas Greece pada Khamis dan sekali lagi membuktikan kemampuannya walaupun bermula di bangku simpanan dalam aksi di Stadium Aviva itu.

Kemenangan ketiga daripada empat perlawanan Kumpulan B melonjak Belanda ke tangga kedua, enam mata di belakang Perancis yang bermain lebih satu perlawanan.

Mereka akan bertemu Greece di tangga ketiga, yang mengumpul mata sama.

Manakala Ireland yang tewas empat daripada lima perlawanan mereka, bakal terlepas aksi di Euro tahun depan.

Loading...
Terkini