Tumpuan :
Sukan

Kempen Zii Jia di China berakhir awal

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

SHENZHEN: Harapan pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melangkah jauh di Masters China tidak kesampaian apabila tewas di pusingan pertama.

Berdepan Lakshya Sen, pemain berusia 26 tahun itu tunduk dalam tempoh 57 minit menerusi permainan tiga set 14-21, 21-13 dan 13-21.

Kekalahan tersebut juga melebarkan rekod kemenangan kelima milik lawan dari India itu sepanjang tujuh pertemuan diantara kedua-duanya.

Berada di ranking ketujuh dunia, pencapaian terbaik anak didik Wong Tat Meng itu dalam lima saingan terakhir ialah suku akhir Masters Jepun minggu lalu dan Terbuka Finland pada Oktober.

Sementara itu, dua beregu campuran melepasi peringkat pertama di Shenzhen Gymnasium hari ini.

Hoo Pang Ron/ Cheng Su Yin merakam catatan 21-17, 21-12 ke atas Liu Kuang Heng/ Jheng Yu Chieh dari Taiwan.

Wong Tien Ci/ Lim Chiew Sien menewaskan Koceila Mammeri/ Taninan Violette Mammeri dari Algeria 21-15, 21-13.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini