comscore
Tumpuan :
Sukan

Kennedy ‘tabik’ Sivasangari

Kennedy meniti detik sukar berdepan Sivasangari sebelum melepasi saingan separuh akhir Kejohanan Cleveland malam tadi.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Kejohanan Skuasy Cleveland, Georgina Kennedy, mengakui kehebatan pemain negara S Sivasangari sebelum berjaya mengatasinya pada aksi separuh akhir malam tadi.

Pemain ranking ke-6 dunia dari England itu mengakui  Sivasangari sebagai lawan yang sukar namun pada akhirnya mampu menarik nafas lega dalam misinya mempertahankan gelaran.

“Ia sesuatu yang sukar. Selepas perlawanan saya bercakap dengan Siva yang perlawanan ini tiada siapa antara kami harus kalah. Saya sangat lega dan bertuah kerana berjaya menemui mata kemenangan,” kata Kennedy

Sivasangari pemain yang mendudukki ranking ke-16 dunia bangkit daripada kekalahan dua set awal 11-13, 8-11 untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan kemenangan 14-12, 11-6 menerusi berikutnya.

“Ketika saya mendahului 2-0, saya tidak berasa selesa – saya mempunyai perasaan yang dia (Sivasangari) akan kembali bangkit dan itu pastinya kamu sendiri tak mahu mendengarnya.

“Saya berpura-pura kepada diri sendiri yang saya sentiasa positif tetapi ia tetap bermain di fikiran saya. Saya cuba bertahan dan pukulannya luar biasa.” ujar Kennedy.

Pada set penentuan Kennedy kembali memperkemaskan rentak permainan dan menang 11-9 pada pertarungan yang berlarutan 64 minit itu.

“Pada set kelima, saya kata kepada diri sendiri untuk tingkatkan keamatan, berjuang dalam setiap mata dan mengambil inisiatif yang ada.

“Ini kerana sekiranya saya tidak berbuat begitu, dia akan membuat sesuatu dan saya juga agak pasif pada set ketiga dan keempat.

“Saya lega dan memberi kredit kepadanya (Sivasangari) mungkin saya atau dia berada di sini pada ketika ini (di final),” kata Kennedy penuh kelegaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini