comscore
Tumpuan :
Sukan

Keutamaan saya Roma, bukan Brazil – Mourinho

FOTO: Reuters

ROME: Ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho tetap meletakkan keutamaan selaku pengendali kelab Itali itu meskipun dikaitkan dengan khabar angin dia bakal menjadi pengurus baharu skuad Brazil.

Tegas jurulatih berusia 60 tahun itu, kesetiaan tetap kepada kelab Serie A itu.

“Brazil tidak pernah berunding secara langsung dengan saya,

“Saya maklumkan kepada agen saya, jangan sesekali mengadakan perbincangan dengan sesiapa sebelum kami tahu sama ada Roma masih memerlukan khidmat saya,” kata pengendali kelahiran Portugal itu.

Tambah Mourinho, dia tidak percaya spekulasi mengenai masa depannya.

“Saya yakin dengan Kumpulan Friedkin (pemilik Roma) saya tidak sangsi dengan kejujuran mereka dan tiada sebab untuk saya mengandaikan mereka sedang melakukan perbincangan bersama jurulatih lain tanpa pengetahuan saya,” kata Mourinho.

Mourinho bersama Roma sejak Julai 2021 dan kontraknya dijadual berakhir pada Jun ini.

Dia meletakkan Roma berada di kedudukan ke-6 Serie A pada dua musim sebelum ini dan menjuarai Europa League Conference pada 2022.

Bagaimanapun kewibawaan Mourinho ketika ini mula dipersoalkan dengan prestasi tidak menentu pasukannya berada di tangga ke-7, 17 mata di belakang pendahulu Inter Milan.

Namanya pula mula dikaitkan dengan skuad kebangsaan Brazil yang ketika ini bergelut dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Cubaan jaguh Amerika Selatan itu  mendapatkan khidmat Carlo Ancelotti turut  menemui jalan buntu apabila Ancelotti mengumumkan dia kekal  bersama Real Madrid selaku pengurus sehingga 2026.

Loading...
Terkini