comscore
Tumpuan :
Sukan

Kim Pan Gon ‘tegur’ jurulatih Tajikistan

 

SUBANG JAYA: Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menegur sikap rakan sejawatannya Petar Segrt yang mengendali Tajikistan yang  mendedahkan masalah pasukannya sebelum sepak mula perlawanan akhir  Pestabola Merdeka malam esok.

Pan Gon berpendapat, rungutan terhadap pasukan sendiri adalah tidak baik bagi seorang pemimpin kerana ia bagaikan mencari alasan.

“Ini adalah tabiat yang tidak baik kerana sebelum perlawanan, (dia) sudah memberikan alasan tetapi bagi saya sebagai pemimpin, saya tidak akan mengatakan demikian kerana saya percaya pada pemain dan kami mempunyai sikap terbaik, mesti bermain untuk mendapatkan kemenangan.

Segrt awal-awal lagi  mengakui terpaksa membariskan  ramai pemain muda kerana kehilangan 15 pemain utama  namun tdak akan berikan cabaran mudah kepada Malaysia.

“Kami turun dengan skuad yang terbaik dan berkeyakinan untuk mempamerkan aksi terbaik serta menghadiahkan kemenangan kepada penyokong,” kata Pan Gon pada sidang media pra perlawanan final Pestabola Merdeka 2023, di sini, hari ini.

Tambah Pan Gon,  Pestabola adalah  medan terbaik buat skuad Harimau Malaya untuk menebus kekecewaan tewas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan kepada Tajikistan di final Piala Raja Thai di Chiang Mai, Thailand, tahun lalu.

Kata pengendali dari Korea Selatan itu lagi, barisan pemainnya akan memperagakan aksi lebih menyakinkan dari segi taktikal bagi membuktikan mereka adalah pasukan yang lebih baik daripada Tajikistan yang menghuni ranking ke-110 dunia beranding Malaysia di tangga ke-134.

“Sudah pasti kami ingin menang kerana berada di landasan terbaik untuk mencapai ranking dalam kelompok 120 pasukan teratas dunia.

“Dalam final menentang Tajikistan pada Piala Raja Thai, kami hanya kalah pada penentuan sepakan penalti dalam suasana hujan lebat,” ujar  Pan Gon.

Skuad Harimau Malaya layak ke final Pestabola Merdeka  selepas mengalahkan India  4-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini