comscore
Tumpuan :
Sukan

Kontrak lumayan menanti Benzema di Arab Saudi

FOTO: REUTERS

LONDON: Bintang Real Madrid, Karim Benzema dilapor mendapat kontrak lumayan selama dua tahun bernilai £345 juta (RM1.975 bilion) daripada sebuah kelab Arab Saudi, musim panas ini.

Kontrak itu dikatakan setanding dengan bayaran yang diterima bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo di Al-Nassr sebanyak £173 juta (RM990.91 juta) setahun.

Penyerang berusia 35 tahun itu masih belum menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal di Santiago Bernabeu sekalipun Los Blancos hanya mempunyai satu lagi perlawanan menentang Athletic Bilbao dalam aksi La Liga, 5 Jun ini.

Difahamkan Arab Saudi mahu menjadikan Benzema sebagai duta ketika negara itu berhasrat mahu membida sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030 bersama Turki dan Greece.

Jika Arab Saudi memenangi bidaan, Benzema bakal menikmati habuan lebih lumayan.

Loading...
Terkini