comscore
Tumpuan :
Sukan

KPT harap ada bola di AUG 2024

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia mengharapkan tuan rumah Indonesia berubah fikiran dan bersedia menjadikan bola sepak antara acara yang dipertandingkan pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya dan Malang dari 25 Jun sehingga 6 Julai depan.

Ketika ini Indonesia masih kekal dengan keputusan tidak mempertandingkan bolasepak  dan  masih lagi tidak dapat memberi jaminan bahawa acara itu  akan diadakan di temasya berkenaan.

Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik (BPS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli, selain Malaysia terdapat juga desakan daripada beberapa negara lain yang meminta agar Indonesia mempertimbangkan untuk mempertandingkan acara paling popular itu.

“Kita faham kebimbangan tuan rumah tentang insiden di Stadium Kanjuruhan yang menyebabkan lebih 130 maut tetapi mungkin ada cara lain yang boleh dilakukan oleh pihak tuan rumah, antaranya ia mungkin boleh dilangsungkan secara tertutup di dalam kampus sahaja tanpa kemasukan penonton.

“Indonesia mungkin boleh mengambil perkara positif daripada penganjuran Piala Dunia bawah 17 tahun yang ketika ini berlangsung di negara itu sehingga 2 Disember nanti.

“Salah satu venue Piala Dunia Bawah 17 tahun ketika ini adalah di Surabaya. Kita mengharapkan supaya perkara positif daripada kejohanan itu mungkin membolehkan Indonesia memikirkan kembali menganjurkan acara ini di AUG tahun depan,”  kata Pekan

Tambah Pekan, adalah satu kerugian kepada kontinjen negara jika acara bola sepak tidak dipertandingkan pada edisi AUG di Surabaya dan Malang kerana ada  peningkatan pasukan bola sepak universiti negara yang mara ke perlawanan akhir AUG di Ubon Ratchathani tahun lalu dan hampir mengejutkan pasukan tuan rumah.

Pada edisi tahun lalu, kontinjen negara muncul naib juara keseluruhan dengan memenangi 49 pingat emas, 83 perak dan 50 gangsa.

Loading...
Terkini