comscore
Tumpuan :
Sukan

Kuching City Tundukkan Skuad Projek FAM-MSN

Oleh: Ima Liana Esa

FOTO: FAM/Facebook

KUALA LUMPUR: Kuching City FC mencatat kemenangan ketujuh pada aksi tunggal Liga Perdana selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 3-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad.

Gabryel Monteiro terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 20 dan keputusan kekal hingga rehat.

Bersambung permainan, Amir Amri Salleh tidak menunggu lama menambah gol kedua pada minit ke 49.

Yuki Tanigawa melengkapkan kemenangan Kuching City FC dengan gol ketiga pada minit ke 55, sekaligus menambah derita skuad projek FAM-MSN yang masih gagal mencipta kemenangan dalam 14 perlawanan liga setakat ini.

Kemenangan itu juga membolehkan Kuching City FCkekal di tangga keempat dengan 24 mata, 11 mata di belakang pendahulu Kelantan FC.

Loading...
Terkini